Guru Penyayang

Kunjungan pengetua, PK Hem & Kaunselor ke Rumah Murid
Pelaksanaan Guru Penyayang telah lama diamalkan di KOMSTAR. Hal ini, bertujuan mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. KOMSTAR akan sentiasa membudayakan dan menyuburkan amalan penyayang kerana perkara ini merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Amalan kunjungan ke rumah pelajar, minum bersama-sama, penglibatan guru dalam aktiviti yang dianjurkan oleh murid membuktikan pihak sekolah mengambil berat dan sayang terhadap murid-murid.