Selasa, 31 Disember 2013

Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2014

Guru-guru sedang melaksanakan pendaftaran pelajar
Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2014 telah berlangsung pada 30 Disember 2013 bertempat di Dewan KOMSTAR. Majlis pendaftaran yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah berjaya mendaftar pelajar Tingkatan 1 seramai 172 orang. Majlis tersebut telah disempurnkan perasmiannya oleh En. Samsudin Ismail, Pengetua SMK Kompleks Seberang Takir. Majlis tersebut terlah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu memberikan pendedahan awal kepada pelajar tingkatan satu agar dapat menyesuatkan diri dengan sekolah baharu. Selain itu, memberi peluang kepada ibu bapa dan pelajar mengenali guru tingkatan. Seterusnya memberi persediaan awal dari segi fizikal dan mental pelajar tingkatan satu menghadapi sesi persekolahan di sekolah menengah serta mengalu-alukan ketadangan pelajar ke SMK Kompleks Seberang Takir.