Sabtu, 12 Februari 2011

Perkongsian Misi & Visi Hem KOMSTAR

Assalamualaikum w.b.t 


Objektif utama perkongsian ini dibuat bagi memastikan semua warga sekolah mengetahu hala tuju Hem Komstar yang sebenarnya. Selain itu, semua warga sekolah dapat memahami kehendak sekolah dan dapat dicapai dengan jayanya pada tahun 2015. Pengurusan Hem cemerlang bukannya kerja berseorang bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dikendong'. Tugas ini perlu dijinjing dan dikendong bersama-sama oleh warga sekolah melibatkan guru, kakitangan dan murid-murid.  Penghayatan visi dan misi ini penting agar setiap murid mengetahui program yang dirancang dan disusur pula dengan aktiviti bukannya semata-mata untuk memenuhi takwim sekolah semata-mata. Paling tidak pun aktiviti yang dilaksanakan berupaya meninggalkan impak walaupun sedikit. Seterusnya, perkongsian visi dan misi ini diharap KOMSTAR berada dalam 'kelasnya' berpadananan dengan aset sekolah yang ada dan sedikitpun tidak berhasrat untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain. 

Bagi merealisasikan Visi & Misi, pengurusan Hem telah fokuskan kepada Program 5K yang melibatkan:
(i)   Kecaknaan (Disiplin, kesihatan, kantin, kebajikan & keselamatan)
(ii)  Kepimpinan
(iii) Keremajaan
(iv) Kerohanian
(v)  Kesejahteraan diri

Bermula dengan visi dan misi serta disusuli dengan Program 5K, diharap menjadikan murid yang datang ke KOMSTAR setiap pagi datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan. "KOMSTAR CEMERLANG 2015".