Selasa, 31 Disember 2013

Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2014

Guru-guru sedang melaksanakan pendaftaran pelajar
Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2014 telah berlangsung pada 30 Disember 2013 bertempat di Dewan KOMSTAR. Majlis pendaftaran yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah berjaya mendaftar pelajar Tingkatan 1 seramai 172 orang. Majlis tersebut telah disempurnkan perasmiannya oleh En. Samsudin Ismail, Pengetua SMK Kompleks Seberang Takir. Majlis tersebut terlah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu memberikan pendedahan awal kepada pelajar tingkatan satu agar dapat menyesuatkan diri dengan sekolah baharu. Selain itu, memberi peluang kepada ibu bapa dan pelajar mengenali guru tingkatan. Seterusnya memberi persediaan awal dari segi fizikal dan mental pelajar tingkatan satu menghadapi sesi persekolahan di sekolah menengah serta mengalu-alukan ketadangan pelajar ke SMK Kompleks Seberang Takir.

Ahad, 6 Januari 2013

Mesyuarat JK Badan Pengawas Kali Pertama 2013

Mesyuarat JK Guru Badan Pengawas KOMSTAR telah diadakan pada 5 Januari 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat 1. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Samsudin Ismail (Pengetua) dan turut dihadiri oleh PK Koko, Ketua Bidang Bahasa, Ketua Bidang Sains & Matematik, Ketua Bidang Votek, Guru Kanan Disiplin, Kaunselor, En. Sayed Syakiruddin. Beberapa perkara telah dibincangkan dan mencapai keputusan bersama. Pemilihan pegawas berdasarkan kouta yang telah dipersetuju, guru tingkatan harus memainkan peranan dalam pemilihan pengawas 2013, aspek peningkatan penampilan pengawas, penyusunan semula tugas pengawas, kem kepemimpinan dan perlantikan pengawas.

Taklimat Peraturan & Keselamatan di Sekolah

Taklimat Peraturan & Keselamatan di SMK Kompleks Seberang Takir telah disampaikan oleh En. Zaki Dris kepada semua pelajar pada 1 Januari 2013. Taklimat meliputi aspek;

Orientasi Tingkatan 1 Tahun 2013

Program Orientasi Tingkatan Satu KOMSTAR 2013 berlangsung pada 1-3 Januari 2013. Program ini melibatkan aktiviti Pecah bekuan, Kumpulan Dinamika, Peraturan/ Disiplin, Taklimat Guru sumber, Solat Hajat, Baca Yasin, Motivasi dan rumusan. Majlis penutup orientasi disempurnakan oleh Pn. Rosnah Ramli (Penolong Kanan Pentadbiran KOMSTAR)

Majlis Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Tahun 2013

31 Disember 2012 : Majlis pendaftaran Tingkatan Satu KOMSTAR Tahun 2013 diadakan bertempat di Dewan KOMSTAR.