Kunjungan pengetua, PK Hem & Kaunselor ke Rumah Murid
Pelaksanaan
Guru Penyayang telah lama diamalkan
di KOMSTAR. Hal ini, bertujuan mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah. Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan
muridnya (every child matters) dengan
cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. KOMSTAR akan sentiasa membudayakan
dan menyuburkan amalan penyayang kerana perkara ini merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Amalan kunjungan ke rumah pelajar, minum bersama-sama, penglibatan guru dalam aktiviti yang dianjurkan oleh murid membuktikan pihak sekolah mengambil berat dan sayang terhadap murid-murid.