Orientasi pelajar tingkatan 1 tahun 2014 dilaksanakan pada 1-5 Januari 2014 bertempat di Dewan KOMSTAR. Program yang dikendalikan oleh UBK di bantu oleh guru-guru tingkatan 1 dengan rasional situasi persekitaran menuntut pelajar supaya lebih berdikari, bertanggungjawab, sedia menghadapi cabaran, budaya kepimpinan, bekerjasama , aktif dan kreatif. Selain itu, memupuk sikap positif menjadi aset untuk sekolah dan negara. Objektif program mendedahkan pelajar kepada suasana persekitara serta sistem pengajaran dan pembelajaran baharu. Seterusnya, mengamalkan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Seterusnya agar lebih bersedia menempuhi alam persekolahan dan merapatkan hubungan sesama rakan sebaya dari sekolah yang berlainan.
|
Salah satu slot semasa program orientasi |