Mesyuarat JK Guru Badan Pengawas KOMSTAR telah diadakan pada 5 Januari 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat 1. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Samsudin Ismail (Pengetua) dan turut dihadiri oleh PK Koko, Ketua Bidang Bahasa, Ketua Bidang Sains & Matematik, Ketua Bidang Votek, Guru Kanan Disiplin, Kaunselor, En. Sayed Syakiruddin. Beberapa perkara telah dibincangkan dan mencapai keputusan bersama. Pemilihan pegawas berdasarkan kouta yang telah dipersetuju, guru tingkatan harus memainkan peranan dalam pemilihan pengawas 2013, aspek peningkatan penampilan pengawas, penyusunan semula tugas pengawas, kem kepemimpinan dan perlantikan pengawas.